Thursday, December 17, 2009

ORANG YANG KUAT JIWA DAN BERJIWA BESAR



orang yang kuat jiwa dan berjiwa besar,tidak kenal kecewa di dalm perjuangan.


perjuangannya itu ibarat sampan di laut; waktu cuaca baik dan angin baik,lautan tenang,dia lajukan sampannya.

waktu sekali-sekala berhadapan dengan ribut, pandai pula dia mengendalikannya dengan perlahan-lahan dan dengan penuh berhati-hati.bijak menongkah ombak dan pandai mengelecek angin.

waktu kapalnya karam ,setengah kawan-kawannya tenggelam,pandai pula dia berenang dan mampu ke darat semula. dia rehat seketika selepas itu dia membuat sampan dan mencari kawan-kawan.kemudian dia belayar semula dengan satu taktik dan strategi yang baru pula.
putus asa tidak ada didalam kamus hidupnya.

No comments:

Post a Comment