Thursday, December 17, 2009

PERCAYALAH...



percayakan ALLAH yang maha adil dan maha rahman,percayakan hari akhirat dan pembalasan ,menjadikan orang islam tenang dan senang serta mengelakkan daripada kecewa dan outus asa. contohnya; kalau didunia ia dizalimi,di akhirat akan diadili dengan seadilnya,senang hatinya ada lagi mahkamah yang akan membelanya. kalau dia susah dan menderita didunia,dia tahu dosanya akan di hapuskan atau diangkat darjatnya,terhibur hatinya. kalau permintaanya kepada Allah tidak tertunai didunia,hatinya tidak resah dan gelisah kerana dia tahu Allah hendak simpankan di akhirat kelak..

BUAT..JANGAN MENGAKU BUAT...



kalau kita pemimpin,janganlah kita mengaku adil.


kalau kita kaya,janganlah kita anggap usaha kita cemerlang.

kalau kita pandai,janganlah mengaku bijak. kalau kita penderma,janganlah mengaku kita pemurah.

kalau kita banyak ibadah,janganlah mengaku ahli ibadah.

kalau kita orang yang berjuang,janganlah mengaku orang yang gigih dan berani.


kalau kita membangun,janganlah kita mengaku kita telah berjasa.

kerana sesungguhnya..
Allah hanya menyuruh kita berbuat,bukan menyuruh kita membuat pengakuan berbuat...

ORANG YANG KUAT JIWA DAN BERJIWA BESAR



orang yang kuat jiwa dan berjiwa besar,tidak kenal kecewa di dalm perjuangan.


perjuangannya itu ibarat sampan di laut; waktu cuaca baik dan angin baik,lautan tenang,dia lajukan sampannya.

waktu sekali-sekala berhadapan dengan ribut, pandai pula dia mengendalikannya dengan perlahan-lahan dan dengan penuh berhati-hati.bijak menongkah ombak dan pandai mengelecek angin.

waktu kapalnya karam ,setengah kawan-kawannya tenggelam,pandai pula dia berenang dan mampu ke darat semula. dia rehat seketika selepas itu dia membuat sampan dan mencari kawan-kawan.kemudian dia belayar semula dengan satu taktik dan strategi yang baru pula.
putus asa tidak ada didalam kamus hidupnya.