Friday, March 26, 2010

kita dan mereka...

APA nak jadi? Apa perasaan kita!Dan bagaimana sikap kita?Apabila terjadi di rumah kita,Tiang-tiang rumah sudah dimakan bubuk,lantai telah reput, atap berlubang-lubang.

Ditambah pula dinding, alang-alang dan kasau telah rapuh.Lantai dipijak sini terjungkit di sana,Pijak di sana terjungkit di sini.Disisip atap, berguguran pula yang di tempat lain.Ditupang tiang, retak pula alang-alang. Disulam lantai, bertaburan benda-benda lain.

Begitulah seterusnya,Dibaiki di satu aspek, merosakkan aspek yang lain.Makin dibetulkan rumah,makin bertambah masalah.Masalah yang ada tidak selesai,timbul masalah yang lain.

Begitulah negara kita hari ini,Apa nak jadi?Bagaimana perasaan kita?

Apabila berlaku masalah, bila hendak dibaiki,lahir masalah lain,Lahir suatu yang negatif.Setelah ditangani yang ada tidak selesai,timbul negatif yang lain.

Satu gejala masyarakat difikirkan,timbul gejala yang lain.Gejala demi gejala timbul.tidak perlu gejala itu disebut, semua orang tahu.Mengenai ekonomi, politik, masyarakat,pendidikan, kesihatan.

Ibarat mengubat pesakit,

Makin banyak makan ubat,semakin banyak penyakit yang lahir.Bermacam-macam kaedah yang diberi,makin menyusahkan pesakit.Sekarang penyakit pesakit telah kronik,Doktor telah pusing kepala, buntu fikiran,habis ikhtiar.

Begitu kita rakyat Malaysia.Kita di dalam ketakutan, kebimbangan,resah gelisah, susah.Setiap hari timbul gejala yang menakutkan.Makin banyak memikirkannya,makin menjadi-jadi gejala timbul..

Apa nak jadi? Bagaimana kita sekarang?

Apalagi sikap kita?

Thursday, December 17, 2009

PERCAYALAH...



percayakan ALLAH yang maha adil dan maha rahman,percayakan hari akhirat dan pembalasan ,menjadikan orang islam tenang dan senang serta mengelakkan daripada kecewa dan outus asa. contohnya; kalau didunia ia dizalimi,di akhirat akan diadili dengan seadilnya,senang hatinya ada lagi mahkamah yang akan membelanya. kalau dia susah dan menderita didunia,dia tahu dosanya akan di hapuskan atau diangkat darjatnya,terhibur hatinya. kalau permintaanya kepada Allah tidak tertunai didunia,hatinya tidak resah dan gelisah kerana dia tahu Allah hendak simpankan di akhirat kelak..

BUAT..JANGAN MENGAKU BUAT...



kalau kita pemimpin,janganlah kita mengaku adil.


kalau kita kaya,janganlah kita anggap usaha kita cemerlang.

kalau kita pandai,janganlah mengaku bijak. kalau kita penderma,janganlah mengaku kita pemurah.

kalau kita banyak ibadah,janganlah mengaku ahli ibadah.

kalau kita orang yang berjuang,janganlah mengaku orang yang gigih dan berani.


kalau kita membangun,janganlah kita mengaku kita telah berjasa.

kerana sesungguhnya..
Allah hanya menyuruh kita berbuat,bukan menyuruh kita membuat pengakuan berbuat...

ORANG YANG KUAT JIWA DAN BERJIWA BESAR



orang yang kuat jiwa dan berjiwa besar,tidak kenal kecewa di dalm perjuangan.


perjuangannya itu ibarat sampan di laut; waktu cuaca baik dan angin baik,lautan tenang,dia lajukan sampannya.

waktu sekali-sekala berhadapan dengan ribut, pandai pula dia mengendalikannya dengan perlahan-lahan dan dengan penuh berhati-hati.bijak menongkah ombak dan pandai mengelecek angin.

waktu kapalnya karam ,setengah kawan-kawannya tenggelam,pandai pula dia berenang dan mampu ke darat semula. dia rehat seketika selepas itu dia membuat sampan dan mencari kawan-kawan.kemudian dia belayar semula dengan satu taktik dan strategi yang baru pula.
putus asa tidak ada didalam kamus hidupnya.